CuTe BLoG

Monday, 29 October 2012

Takwa Cinta - Chapter 3


Chapter 3
Lampu LED Blackberry bold 3 Aiman itu mula berkelip-kelip. Tidak pasti pula Aiman sejak bila. Lalu dibeleknya inbox, ternyata ada BBM (BlackBerry Messenger)  yang dihantar oleh Sarah untuknya. Terpamer senyuman di wajah Aiman tatkala membaca pesanan itu. Pesanan itu berbunyi begini.
“Hari ini kalau abang habis kerja awal, terus pulang ke rumah tau? Sarah ada satu kejutan khas buat abang.”
BBM itu dibalas Aiman.
“Baiklah sayang. Abang pun harap hari ni kerja boleh siap awal. Lagi pun banyak kerja sudah disiapkan.”
ok honey, See u then. Lots of love
                Aiman tersenyum sujurus membaca BBM dari isteri kesayangannya itu. Sama perasaannya seperti orang baru mula bercinta. Mungkin juga barangkali. Lagi pula dia dan Sarah tidak kenal lama sebelum di tunangkan. Mereka juga diijabkabulkan tiga bulan selepas bertunang. Biarpun semuanya diaturkan oleh mama dan papa, tapi Aiman sangat bersyukur mempunyai isteri seperti Sarah. Kewajipan sebagai isteri tak pernah Sarah ambil remeh. Bahkan amat pandai mengambil hatinya juga hati keluarganya.
                Barangkali apalah yang dibilang Sarah sebagai kejutan itu. Aiman seakan mahu tahu waktu itu juga. Berdebar hatinya untuk pulang ke rumah lebih awal pada hari itu. Aiman mula membelek-belek calendar yang berada di atas meja pejabatnya itu. Memang tiada apa istimewa. Bahkan untuk tarikh hari itu, 26 April juga tiada sebarang tanda pada calendar tersebut. Aiman bermain dengan teka-teki di dalam kepalanya sendiri.
                Setelah pasti jam menunjukkan angka 5:30 petang, Aiman mula mengemas mejanya. Fail-fail yang dibukanya tadi ditutup dan disusun mengikut abjab pada almari kabinet sebelah belakangnya. Copnya pula disimpan kembali di rak cop pada sebelah kanan mejanya. Manakala jurnalnya pula di sisipkan kembali ke dalam beg bimbitnya. Segalanya sudah beres bisik hati Aiman. Maka boleh la dia segera pulang ke rumah petang itu. Seraya itu Aiman melangkah keluar dari biliknya lantas dikunci sebelum beliau menuruni tangga untuk ke parkir keretanya.
                Pintu kereta ditutup perlahan. Tali pinggang keledarnya ditarik dan dimasukkan ke acuannnya. Kunci dipulas sebelum kereta mula bergerak perlahan . Terdengar deringan handphonenya sayup kedengaran. Aiman mula meraba-raba handfree yang disimpannya di dalam dashboard. Setelah itu terus dipasang ke handphone dan panggilan dijawab.
                “ Hello, siapa tu?” Aiman mengajukan soalan kerana nombopr yang dilihat sebentar tadi tidak dikenalinya. Tapi memang bukan seperti nombor telefon bimbit kerana bermula dengan 03.
                “Saya Inspektor Riz bercakap dari Balai Polis Kepong.” Suara di hujung talian memperkenalkan diri.
“Iya Inspektor Riz, ape boleh saya bantu?”
“Ini saya bercakap dengan Encik Aiman bukan? Encik Aiman Bin Dato’ Kamal.” Sambung suara itu lagi.
“ Ya saya Aiman bercakap. Boleh saya tahu berkenaan apa Encik inspector call?”
“Sebelum tu Encik Aiman mempunyai kelapangan sebentar tak? Kalau En. Aiman berada berdekatan, minta Encik datang ke balai kami di Balai Polis Kepong.” Pinta suara itu pula.
“Saya sekarang sedang memandu berdekatan Sri Damansara, ya saya akan kesana sebentar. Dalam 15 minit lagi saya sampai.” Ujar Aiman.
“Kalau begitu saya akan tunggu Eincik Aiman sampai. Terima kasih kerana sudi beri kerjasama” balas Inspektor Riz.
                Di dalam kepala Aiman berlegar 1001 persoalan. Kanapa dia tiba-tiba diminta untuk Balai Polis? Atas urusan apa agaknya. Dia sendiri tidak dapat menjawab persoalan itu. Serentak itu Aiman terfikirkan Sarah. Pasti Sarah tertunggu kepulangannya lebih awal. Apa perlu dia beritahu Sarah bahawa dia akan pulang lewat sedikit kerana hal ini? Risau pula jika Sarah berkecil hati kerana awal-awal lagi sudah diberitahu bahawa dia akan pulang awal. Tak mengapalah, Sarah pasti faham dan tentu difikirnya jalan sesak.
                Tidak lama kemudian kereta BMW biru itu pun masuk ke perkarangan Balai Polis Kepong. Pintu kereta dibuka dan langkah kaki Aiman menuju ke arah dalam balai. Setelah memperkenalkan diri kepada inspector bertugas,Aiman di arahkan menunggu sebentar. Seketika kemudian muncul seorang lelaki daripada salah satu bilik yang terdapat disitu. Lelaki tersebut tidak mengenakan pakaian seragam polis seperti yang lainnya, hanya berseluar jeans dan berkemeja. Kasutnya juga agak berkilat dan dia kelihatannya dihormati oleh pegawai polis disitu. Pastinya dia berpangkat bisik hati Aiman.
                “Assalamualaikum Encik Aiman, saya inpektor Rizuan.” Lelaki itu bersuara sambil menghulurkan salam perkenalan kepada Aiman.
                “Waalaikumsalam. “ Salam disambut sebelum Aiman diajak masuk ke biliknya untuk berbicara lebih lanjut.
                “Begini En. Aiman, sebelumnya saya ingin mohon maaf sekiranya ajakan saya ke mari, mencuri masa En. Aiman sedikit.”  Inspektor Riz petah mengatur kata.
                “Sebenarnya atau lebih tepat lagi ia berkenaan Adik lelaki En. Aiman, Mohamad Raqib.” Terang Inspektor Riz mengenai tujuan sebenar dia dipanggil.


               


“Betul apa yang Inspektor Riz tu cakap Raqib?” Soal Aiman kepada adiknya.
“Kenapa tak jawab soalan abang?”
“Papa dan mama pasti kecewa dengan sikap kau.” tambah Aiman lagi.
“Susah sangat ke nak berfikiran waras? Kau tahukan bergaduh tu tak elok, lebih-lebih lagi bergaul dengan mereka tu yang kau anggap kawan.
“Bukan abang nak halang kau berkawan dengan siapa pun, tapi sekurang-kurangnya kau jangan sampai terikut-ikut perangai mereka.”  Tegas Aiman.
                Raqib langsung tidak mengeluarkan sepatah kata. Dia membenarkan sahaja Aiman melempiaskan rasa kesalnya. Dia tahu kerana silapnya juga yang membuatkan abangnya bertegas begitu. Timbul sedikit rasa kesal di hatinya kerana tidak memikirkan semua itu daripada awal. Semuanya kerana terikutkan sangat darah mudanya itu. Berkawan tidak tentu hala sekaligus mengheret dia ke kancah sebegitu.

 

Thursday, 18 October 2012

Takwa Cinta - Chapter 2

Chapter 2

Bunyi Cerek di dapur makin bingit, mengejutkan Sarah yang ketika itu sedang jauh mengelamun  di atas sofa setelah selesai makan tengahari. Seraya itu Sarah bangun menuju ke dapur untuk menutup suis cerek. Mujur sahaja itu cuma air yang dijerang di dalam cerek,jika  ikan yang yang digoreng, tentu sahaja sudah hangus. Hendak diberi pada kucing pun belum tentu di jamah. Tersenyum sinis Sarah mengingatkan peristiwa sebentar tadi.
Sesekali angin yang bertiup tengahari itu dirasakan agak kuat oleh Sarah. Masakan tidak, baju dijemuran itu sesekali bergoyang seakan hendak di bawa angin. Sarah masih menanti kalau-kalau ada bunyi guruh baru di angkat kainyang berada diampaian. Bukan apa, risau nanti kain di jemuran sudah diangkat tetapi tidak hujan. Tentu sahaja penat untuk di sidai semula jika masih belum kering.
Sebagai pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga serta tinggal di Bandar pasti sahaja merupakan cabaran baru yang harus mereka tempuh. Bukan sahaja sekadar memulakan hidup di tempat baru bahkan jauh dari ibu bapa yang membesarkannya. Sarah tahu itu merupakan salah satu fasa baru yang harus ditempuh dalam hidupnya . Lagi pula Aiman sering memberikan kata-kata semangat supaya Sarah tabah melayari bahtera rumah tangga bersama.
Jodoh sesama meraka juga sebenarnya terjadi  secara tidak sengaja. Dimana Aiman pada ketika itu telah membawa keluarganya bercuti di homestay milik keluarga Sarah di Perlis. Bukan Aiman tidak mahu mebawa keluarganya bercuti ke chalet mahupun hotel,tetapi itu atas persetujuan bersama memandangkan mereka tidak mempunyai kampung ataupun sanak saudara di kampung. Untuk sama-sama menikmati keindahan suasana kampung mereka memilih untuk bercuti di homestay sahaja.
Sarah yang kebetulan ketika itu baru menamatkan pengajiannya pulang ke kampung sebelum bercadang untuk mencari kerja yang sesuai. Memandangkan ketika itu abang Sarah iaitu Safuan dan Shahrul tidak ada di kampung  untuk menghadiri Seminar Keusahawanan Desa, maka Sarah yang mempunyai kelapangan bersetuju untuk menjadi jurupandu kepada tetamunya yang dari bandar itu.
Tugas Sarah ketika itu itu membawa tetamunya ke keliling kampung melihat aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh penduduk kampung seperti membuat belacan, membuat kerepek-kerepek, membuat ikan kering, mencarik kekabu untuk dijadikan bantal, anyaman mengkuang, ternakan burung puyuh milik abangnya Saiful juga tidak ketinggalan ternakan ikan dalam sangkar milik kedua abangnya  sudah tentu menggamit pengunjung-pengunjung yang datang terutama pengunjung dari Bandar.
Seminar yang dihadiri Safuan dan Shahrul itu merupakan seminar yang dianjurkan sebagai persediaan untuk kedua-duanya yang ingin memulakan ternakan ikan dalam sangkar memandangkan ianya satu peluang untuk mereka untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Berjaya sebagai antara beberapa pengeksport terbesar negara tidak Safuan dan Shahrul sekadar mengeksport ikan sahaja,malah kini mereka ingin mengembangkan lagi perusahaan mereka dengan membela Lobster atau lebih dikenali sebagai udang kara.
Pak Malek dan Mak Siti seharusnya sudah boleh menarik nafas lega dengan pencapaian anak-anak mereka. Ini membuktikan walaupun mereka bermastautin di kawasan kampung , peluang itu tidak disia-siakan mereka bahkan tanah milik keluarga itu dijadikan sebagai medium untuk meluaskan lagi punca pencarian mereka dengan membangunkan tapak ternakan puyuh dan juga ternakan ikan dalam sangkar.
Mungkin juga atas kesungguhan keluarga Pak Malek dan Mak Siti itu juga sebenarnya telah menarik minat Dato Kamal dan Datin Ramona untuk bermenantukan Sarah. Selain mempunyai nilai kesopanan dan santunnya yang tinggi, Sarah juga pandai mengambil hati semua orang. Tetapi yang paling digemari datin Ramona adalah kebolehan Sarah memasak lauk pauk kampung yang sememangnya kegemaran Datin Ramona sejak sekian lama. Memang tak salah lagi pihan hatinya itu. Dia juga berharap bahawa suatu hari nanti anak gadisnya juga dapat memasak lauk pauk sebegitu. Anak gadis yang di maksudkan adalah Tasya. Anak keduanya yang kini menginjak usia 20 tahun.


Sunday, 14 October 2012

Takwa Cinta - Chapter 1

Chapter 1


Sebuah kereta BMW  5 Siries berwarna biru berlalu pergi setelah keluar dari perkarangan rumah teres itu. Sarah, gadis yang menghuni rumah itu pun menutup pagar rumah sebelum masuk kembali ke dalam rumah tersebut. Baru sekejap tadi Aiman, suaminya memandu untuk ke pejabat untuk memulakan tugas pada hari itu.
          Di rumah, Sarah mula mengemas-ngemas rumah. Surat khabar yang baru dibaca suaminya itu tadi dilipat dan diletakkan diatas meja di ruang tamu. Ruang makan yang tadinya digunakan untuk bersarapan dengan suami tersayang juga dikemas dan di lap bersih.Segala pinggan mangkuk dicuci bersih sebelum di tirap untuk dikeringkan.
 Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 9:15 pagi. Ini waktu yang sesuai untuk ke pasar bisik hati sarah. Jika dilambat-lambatkan nanti hari makin panas pula. Ada serba sedikit barangan dapur yang perlu ditambah. Gula dan bawang juga harus di beli kerana sudah hampir habis digunakan. Seraya itu Sarah mula menapak anak tangga menuju biliknya untuk menukar pakaian.
          Setelah mengenakan pakaian sesuai Sarah meluru menuruni anak tangga. Kunci rumah dan beg duit dicapainya. Setelah yakin suis tv,lampu dan kipas semua telah dipadamkan, Sarah mula menolak tombol pintu dan menguncinya dari luar. Mangga dipasang dan pintu pagar rumah dikunci, Setelah memastikan semuanya dikunci, Sarah mengatur langkah ke pasar.
          Tangan Sarah rancak memilih bawang di pasar itu. Bawang itu dipilihnya penuh tertib agar tidak terambil bawang yang tidak elok. Maklum sahajalah tidak semua bawang di dalam guni yang sama itu sama eloknya. Sekiranya Sarah terpilih bawang yang tidak elok pasti tidak dapat tahan lama. Lagi pula hanya Sarah dan Aiman berdua sahaja di rumah. Barang dapur pun tidak perlu dibeli dengan banyak. Cukup sekadar untuk mengisi perut mereka berdua.
          Walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Aiman, Sarah tidak kekok menjalani rutin seperti seorang surirumah. Ini kerana memang dia telah diajar oleh ibunya semenjak dari kecil lagi tentang  kerja-kerja di dapur. Selain dirinya ialah anak bongsu kepada pasangan Pak Malek dan Mak Siti, Sarah jugalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga. Sarah mempunya tiga orang abang iaitu Saiful, Safuan dan juga Shahrul.
          Setelah pasti segala keperluan dapur telah dibelinya, Sarah Keluar dari pasar dan langkahnya menuju ke kedai buku. Tujuannya  ingin membeli sedikit majalah yang dapat dibeleknya di rumah nanti. Hendak di harapkan rancangan tv sahaja pun tidak memadai. Malah kadang hampir pening kepalanya dengan rancangan tv yang datang dari pelbagai negara itu. Sekurang-kurannya dengan majalah tersebut tidaklah Sarah terasa sunyi walaupun ketika Aiman tiada di rumah kerana bekerja.


Di pejabat, Aiman seperti biasa akan memulakan tugas pagi itu dengan meneliti buku jurnalnya. Kerana hampir semua tugasnya perlu dicatatkan agar tidak terlupa. Memegang jawatan sebagai seorang Eksekutif memerlukan Aiman sentiasa focus akan skop kerjanya. Ini kerana beliau bernasib baik kerana mempunyai pasukan rakan kerja yang saling bekerjasama supaya matlamat syarikat dapat dikecapi tanpa perlu ada sebarang masalah.
Kira-kira 15 minit lagi waktu akan berganjak ke angka 12 tengahari, sudah hampir tiba waktu makan tengahari. Hampir tidak sedar Aiman bahawa matahari sudah kelihatan agak tinggi di luar jendela. Tugas yang padat hari itu membuatkan Aiman terleka untuk menyudahkan kerja-kerjanya.
Ketukan pintu pejabatnya telah mengejutkan Aiman, itu pasti Borhan. Rakan karibnya dari zaman persekolahan itu yang kini sama-sama bekerja di pejabat yang sama,  Arjuna Sukma Holding. Walaupun kedua-dua mereka masing-masing melanjutkan pengajian tinggi di institut pengajian tinggi yang berbeza. Tapi  takdir juga telah menemukan mereka kembali apabila sama-sama merupakan Eksekutif di syarikat Korporat itu.
“Assalamualaikum pekerja contoh.” Usik Borhan.
“Waalaikumsalam. Hah,kau Borhan. Tak habis-habis nak mengusik aku.” Balas Aiman.
“ Habis tu, kalau tak diusiknya kau alamatnya sampai ke petang la kau leka dengan kerja kau.” Tempias Borhan sambil berseloroh. Aiman yang tadinya meneliti fail-fail sudah mula menolak semuanya ke tepi sambil mengemas serba sedikit mejanya agar semuanya beres sebelum mereka keluar untuk makan tengahari.
“ke mana kita nak lunch hari ni? Tanya Aiman.
“hmmmm… memandangkan kau tanya aku hendak makan dimana hari ni, yang pasti aku dah bosan makan yang dekat sekitar sini. Apa kata aku ajak kau makan di bulan? Kau setuju?” Ujar Borhan tanpa segan-segan berjenaka.
“kau ni Borhan, kalau ye kau da bosan makan di bumi ni sekalipun takkan la sampai ke bulan kau nak ajak aku makan. Paling tidak pun tunggu la waktu malam baru la boleh makan di bulan.”  Ucap Aiman kepada kawan karibnya itu.
Rasa dirinya diperli, Borhan mula mempamerkan senyuman sinis. Namun sesekali hampir ketawa mengenangkan kata-kata Aiman itu. Ada betulnya juga.
“Maksud aku, aku nak bawa kau ke Cafe Oh Bulan yang di Sunway Damansara tu, aku dengar Coffee Cream Tiramitsu dia sangat popular. Apa salahnya sesekali mencuba yang baru kan?” usik Borhan nakal.
“boleh juga tu, tapi kau tau jalan ke sana? Soal Aiman.
“hei kawan, apalah gunanya teknologi sekarang. GPS kan ada. Hehehe.” Jawab Borhan dengan bangganya.
“ iyalah, harap-harap GPS kau tu boleh cari parking sekali lah ye? Biasanya time lunch macam ni susah nak cari parking.” Seloroh Aiman kepada kawan baiknya itu.


Setibanya mereka berdua di Cafe Oh Bulan, mereka melabuhkan punggung di meja makan sebelah luar cafe tersebut. Biasalah, senang untuk Borhan merokok. Aiman sudah masak akan Sikap Borhan itu. Waktu lunch lah untuk Borhan merokok pun kerana di pejabat memang Borhan Tidak akan sentuh rokok. Mungkin juga sebagai menghormati pekerja-pekerja lain dan juga sebagai contoh untuk menyatakan budaya merokok ini tidak sesuai ketika di pejabat.
Pelayan yang mengambil pesanan telah berlalu meninggalkan Aiman dan Borhan. Pasti sebentar lagi pesanan mereka akan siap. Borhan yang tadinya tenang seakan mencari sesuatu di dalam koceknya. Ia, rokoknya pasti tertinggal di dalam kereta dan terlupa untuk dimasukkan ke dalam koceknya. Borhan meminta izin rakannya itu bahawa dia ingin ke kereta sebentar mengambil kotak rokoknya.
“Ada- ada sahaja Borhan ni.” Bisik hati Aiman. Keletah Borhan sebentar tadi itu dianggap lucu oleh Aiman. Masakan tidak, Borhan kadangkala seringkali tertinggal sesuatu. Masih ingat lagi Aiman ketika mereka berdua ditugaskan mengikuti kursus di Terengganu, Borhan terlupa untuk membawa kad kreditnya. Tapi paniknya Borhan kerana dia tidak pasti sama ada kad kreditnya itu memang tertinggal ataupun telah hilang dari beg duitnya. Apa lagi, terus di telefon isterinya, Maya. Nasibnya baik kerana mempunyai rm600 cash. Jika tidak mengamuk sakan la Maya kerana banyak juga barang yang di kirim untuk dibeli Borhan di negeri penyu bertelur itu.
Aiman terlalu leka dengan peristiwa yang berlaku di Terengganu itu sehinggakan seseorang menegurnya pun Aiman tidak perasan. Suara yang menegurnya itu jika tidak silap suara perempuan. Tetapi siapa? Siapa pula gerangan pemilik suara tersebut? Sebelum Aiman bertambah bingung memikirkan pemilik suara itu baik dia segera berhenti mengelamun.
“En. Aiman Bin Dato’ Kamal kan?” tegur suara itu.
“iya saya. Dan awak ni.” Aiman tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Kerana ia dicelah oleh gadis itu.
“Trisya. Junior abang di kolej dulu.”  sahut Trisya.
Baru Aiman ingat kembali, Dinda Nur Trisya. Gadis yang sama-sama belajar di kolej yang sama dengan Aiman. Tetapi Trisya merupakan junior kepada Aiman. Masakan Aiman lupa. Jadi sekarang, tentu sahaja gadis ini telah tamat pengajiannya. Kerana dari pakaiannya memang seperti sudah bekerja.
“Boleh Trisya duduk?” ujar Trisya lembut.
“Hmm.. Silakan.” Balas Aiman dengan sedikit kebingungan. Mungkin dia masih tidak percaya bahawa gadis yang duduk di depannya itu adalah  Trisya. Gadis manja yang dikenali di kolej dulu. Tapi kini gadis itu memakai Skirt kelabu paras lutut bersama kotnya kelihatan seperti satu set digayakan juga dengan blouse putih di dalam. Juga anggun dikenakan bersama kasut heels kulit berwarna hitam.
“Abang Aiman seorang sahaja ke minum disini? Trisya tak nampak pun kawan-kawan abang?”  Trisya mengaju soalan. Aiman mula mengelabah. Kenapalah dipanggilnya aku abang, ini bukan di zaman kolej lagi. Lagipun masing-masing sudah bekerjaya.
“Eh,tak perlulah berabang-abang dengan saya. Panggil saja Aiman.Tak lah. I dengan kawan I, Borhan. Dia tertinggal sesuatu di kereta. Haaa… tu pun dia dah sampai.” Kata Aiman separuh gembira tatkala ternampak kelibat Borhan sedang menuju kea rah mereka. Sekurang-kurangnya tidaklah dia begitu kekok berbual berdua bersama Trisya.
“Oh, lupa pulak sebab dulu da terbiasa” balas Trisya manja.
Borhan telah pun sama-sama duduk dimeja itu semula. Bersamanya kini kotak rokok Marlboro lights menthol  berwarna hijau muda. Hendak dikeluarkan sebatang terasa ralat pula. Mungkin kerana ada seorang gadis bersama mereka. Sebelum Borhan dilanda bingung, Trisya bertindak memperkenalkan diri.
“Nama saya Trisya.” Trisya memperkenalkan diri sambil ingin berjabat tangan dengan Borhan. Borhan membalas huluran tangan Trisya.
“Trisya ni bekas junior Aiman sewaktu di kolej dulu. Tak sangka hari ni kebetulan terjumpa dengan Aiman semula.” terang Trisya kepada Borhan tanpa disoal .
“Oh, begitu rupanya. Bagus la tu. Jadi sekarang Trisya sudah bekerja ke?” Tanya Borhan cuba bersikap ramah.
“Alhamdulillah sekarang Trisya sudah bekerja. Disekitar sini juga sebagai setiausaha kepada Dato’ Syazan di Syazan Enterprise. Ofis Trisya nun di sebelah bangunan maybank sana.” Trisya menunjukkan isyarat tangan ke arah kanan mereka.
Perasan akan tangan Borhan yang seakan serba salah memegang kotak rokok itu, Trisya bersuara kembali.
“ Tak mengapalah kalau u nak merokok. Jangan risau, I open.”  Ujar Trisya sebelum dia mengeluarkan rokok dari tas tangannya. Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang merokok fikir Borhan. Disangkanya gadis semanis Trisya tidak merokok, nyata tekaan Borhan meleset. Zaman sekarang sudah banyak berubah. Apa yang lelaki buat pun banyak juga wanita ikut mencuba. Termasuklah merokok. Bagi Borhan itu pandangan individu masing-masing.
Setelah semuanya selesai makan dan bil juga telah dibayar oleh Aiman, Trisya meminta diri. Katanya ada seseorang yang harus dia jumpa sebelum beliau pulang ke pejabat. Aiman yang ketika itu sedang mahu pergi ke arah kereta telah dicuit Borhan.
“Itu je?” Bisik Borhan agak rapat ke telinga Aiman.
Aiman memandang muka rakannya itu habis-habis. Apakah masih ada sesuatu yang tidak beres yang Aiman tidak sedar? Tiada apa-apa lagi rasanya jawab hati Aiman.
“Maksud kau Borhan?” Tanya Aiman keliru.
“Kad kau. Tak kau beri pada Trisya?” soal Borhan beriya-iya.
Seakan disuruh, Aiman mengeluarkan sekeping business card yang tersisip di dalam walletnya lalu memberikan kepada Trisya sebelum gadis itu berlalu.
Thanks Aiman. Ujar Trisya gembira. Seperti pucuk dicita ulam mendatang. Tentu sahaja kad itu akan disimpan rapi oleh Trisya. Kemudian Trisya meninggalkan Aiman dan Borhan dengan agak tergesa-gesa sebelum sempat mengatakan sesuatu kepada Aiman.
“Jumpa lagi nanti kalau ada rezeki. Jangan lupa sampaikan salam Trisya pada isteri Aiman tau?” sayup terdengar  ungkapan Trisya itu dari kejauhan.
Itu betul-betul membuat Aiman tercengang. Bagaimana Trisya tahu bahawa dirinya sudahpun berkahwin? Bagus juga jika dia sudah tahu, tapi bagaimana? Apa mungkin dia dapat tahu dari rakan-rakan kolej? Adakah gayanya sekarang memang seperti gaya seorang yang telah mendirikan rumahtangga? Atau Trisya sengaja serkap jarang dengan meneka sedemikian? Banyak soalan yang berlegar-legar di minda Aiman tapi sengaja dipadamkan tanpa sebarang jawapan.

Perkenalkan Novel baru Chiwa “Takwa Cinta”

So..memandangkan Chiwa xkan update pape lagi berkenaan Mr. B, so Chiwa amik keputusan utk mengarang novel je dlm blog ni..ntah jadi novel or x, tu blakang kire…yg penting Chiwa tulis je la pape yg Chiwa nak tulis..ni kan Blog Chiwa..Chiwa nak namekan Novel yg bakal Chiwa tulis ni sebagai “Takwa Cinta” …mendalam maknanya ni.. kisah siapa? Entahlah..cume cerita rekaan Chiwa semata2…
Sedikit sebayak synopsis ceritanya..tentang kisah cinta dua insan yg dijodohkan org tua mereka & wlupun mereka tidak pernah bercinta sebelum ni, namun ape yg ingin Chiwa tonjolkan dlm novel ini di mane cinta mereka ini amat kuat wlupun ada onak duri & badai ombak melanda tebing2 cinta mereka…ewahh!!! Meraka akan menepis setiap dugaan yg tiba dgn penuh ketabahan & kesabaran di dada..kerana yg tersemat di dada mereka adalah “CINTA SEJATI”. Kite ikuti kisah kekuatan cinta mereka yg diduga dari hari ke hari.

Tuesday, 9 October 2012

Da cakap awal2 pun susah!

Rasa malas nak update ape2… awal2 ckap nak ajak gi mane2 pun salah..ckap last minit lagi la salah…kalau da slalu sgt ari ahad keluar dgn GF u pukul 6 lbh, xkn x blh ckap ari ahad ni je kua lambat ckit sbb ade hal..itu pun nak kene ajar ke? masalahnye dr minggu lepas lagi I ajak u keluar ari ahad, mggu lpas da x dpt, nk tunda minggu ni u ckap cmtu lak…xpe lah..u keluar la dgn GF kesayangan u tu..i xkan kacau u da..sbb kite bukan kawan lagi..TQ!