CuTe BLoG

Thursday, 18 October 2012

Takwa Cinta - Chapter 2

Chapter 2

Bunyi Cerek di dapur makin bingit, mengejutkan Sarah yang ketika itu sedang jauh mengelamun  di atas sofa setelah selesai makan tengahari. Seraya itu Sarah bangun menuju ke dapur untuk menutup suis cerek. Mujur sahaja itu cuma air yang dijerang di dalam cerek,jika  ikan yang yang digoreng, tentu sahaja sudah hangus. Hendak diberi pada kucing pun belum tentu di jamah. Tersenyum sinis Sarah mengingatkan peristiwa sebentar tadi.
Sesekali angin yang bertiup tengahari itu dirasakan agak kuat oleh Sarah. Masakan tidak, baju dijemuran itu sesekali bergoyang seakan hendak di bawa angin. Sarah masih menanti kalau-kalau ada bunyi guruh baru di angkat kainyang berada diampaian. Bukan apa, risau nanti kain di jemuran sudah diangkat tetapi tidak hujan. Tentu sahaja penat untuk di sidai semula jika masih belum kering.
Sebagai pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga serta tinggal di Bandar pasti sahaja merupakan cabaran baru yang harus mereka tempuh. Bukan sahaja sekadar memulakan hidup di tempat baru bahkan jauh dari ibu bapa yang membesarkannya. Sarah tahu itu merupakan salah satu fasa baru yang harus ditempuh dalam hidupnya . Lagi pula Aiman sering memberikan kata-kata semangat supaya Sarah tabah melayari bahtera rumah tangga bersama.
Jodoh sesama meraka juga sebenarnya terjadi  secara tidak sengaja. Dimana Aiman pada ketika itu telah membawa keluarganya bercuti di homestay milik keluarga Sarah di Perlis. Bukan Aiman tidak mahu mebawa keluarganya bercuti ke chalet mahupun hotel,tetapi itu atas persetujuan bersama memandangkan mereka tidak mempunyai kampung ataupun sanak saudara di kampung. Untuk sama-sama menikmati keindahan suasana kampung mereka memilih untuk bercuti di homestay sahaja.
Sarah yang kebetulan ketika itu baru menamatkan pengajiannya pulang ke kampung sebelum bercadang untuk mencari kerja yang sesuai. Memandangkan ketika itu abang Sarah iaitu Safuan dan Shahrul tidak ada di kampung  untuk menghadiri Seminar Keusahawanan Desa, maka Sarah yang mempunyai kelapangan bersetuju untuk menjadi jurupandu kepada tetamunya yang dari bandar itu.
Tugas Sarah ketika itu itu membawa tetamunya ke keliling kampung melihat aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh penduduk kampung seperti membuat belacan, membuat kerepek-kerepek, membuat ikan kering, mencarik kekabu untuk dijadikan bantal, anyaman mengkuang, ternakan burung puyuh milik abangnya Saiful juga tidak ketinggalan ternakan ikan dalam sangkar milik kedua abangnya  sudah tentu menggamit pengunjung-pengunjung yang datang terutama pengunjung dari Bandar.
Seminar yang dihadiri Safuan dan Shahrul itu merupakan seminar yang dianjurkan sebagai persediaan untuk kedua-duanya yang ingin memulakan ternakan ikan dalam sangkar memandangkan ianya satu peluang untuk mereka untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Berjaya sebagai antara beberapa pengeksport terbesar negara tidak Safuan dan Shahrul sekadar mengeksport ikan sahaja,malah kini mereka ingin mengembangkan lagi perusahaan mereka dengan membela Lobster atau lebih dikenali sebagai udang kara.
Pak Malek dan Mak Siti seharusnya sudah boleh menarik nafas lega dengan pencapaian anak-anak mereka. Ini membuktikan walaupun mereka bermastautin di kawasan kampung , peluang itu tidak disia-siakan mereka bahkan tanah milik keluarga itu dijadikan sebagai medium untuk meluaskan lagi punca pencarian mereka dengan membangunkan tapak ternakan puyuh dan juga ternakan ikan dalam sangkar.
Mungkin juga atas kesungguhan keluarga Pak Malek dan Mak Siti itu juga sebenarnya telah menarik minat Dato Kamal dan Datin Ramona untuk bermenantukan Sarah. Selain mempunyai nilai kesopanan dan santunnya yang tinggi, Sarah juga pandai mengambil hati semua orang. Tetapi yang paling digemari datin Ramona adalah kebolehan Sarah memasak lauk pauk kampung yang sememangnya kegemaran Datin Ramona sejak sekian lama. Memang tak salah lagi pihan hatinya itu. Dia juga berharap bahawa suatu hari nanti anak gadisnya juga dapat memasak lauk pauk sebegitu. Anak gadis yang di maksudkan adalah Tasya. Anak keduanya yang kini menginjak usia 20 tahun.


No comments:

Post a Comment